BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 21, 2010

Cara Menerima & Meriwayat Hadis


Pengenalan

            Yang dimaksudkan dengan “ jalan menerima hadis ” ( thuruq at-tahammul ) adalah cara-cara menerima hadis dan mengambilnya dari syaikh. Dan yang dimaksudkan dengan “ bentuk penyampaian ” ( shighah al-ada’ )adalah lafaz-lafaz yang digunakan oleh ahli hadis dalam meriwayatkan dan menyampaikannya kepada muridnya.
Jalan untuk menerima hadis ada lapan, iaitu as-sama’ ( mendengar ), al-qira’ah ( membaca ), al-ijazah ( keizinan ), al-munawalah ( pemberian ), al-kitabah ( surat-menyurat ), al-I’lam ( pemberi maklumat ), al-wasilah ( wasiat ), al-wijayah ( penemuan ).


Bentuk menerima dan meriwayat hadis

Terdapat beberapa kaedah dan metod yang mana sesebuah hadis itu di terima oleh seseorang perawi daripada gurunya.

3.2.1 Al- Sama’ (  السماع )

Metod Al- Sama’ bermaksud seorang guru membaca dan murid mendengarkan, baik guru membaca dari hafalannya atau tulisannya dan baik murid mendengar dan menulis apa yang didengarnya atau mendengar saja dan tidak menulis. Menurut jumhur ulama As- Sama ini merupakan bahagian yang paling tinggi dalam pengambilan hadis.
Mendengar dari guru dari guru itu meliputi pendengaran secara langsung atau sebalik tabir. Sekiranya pendengaran itu disebalik tabir, syaratnya perawi mesti yakin bahawa suara dan orang yang memperkatakan tentang hadis itu adalah suara gurunya.
Kaedah al- Sama’ merupakan teknik yang paling baik dalam peringkat kaedah menerima hadis dan ia pernah dilalui oleh para sahabat, dimana mereka hadir bersama dalam majlis Nabi s.a.w. Andainya teknik ini diberi keutamaan, maka sesuatu hadis itu akan terpelihara daripada lupa dan timbul perselisihan.
Metod al- Sama mempunyai ciri- ciri tersebut :
1.        Pengucapan lisan.
-       Amalan ini mula berkurangan pada pertengahan akhir kurun ke-2 Hijrah. Murid- murid menyertai dan bersama dengan guru mereka dalam jangka masa yang panjang, hingga mereka dipercayai mempunyai autoriti terhadap hadis- hadis riwayat guru mereka.

2.        Pembacaan daripada kitab.
-       Sememangnya majoriti guru lebih suka membaca hadis daripada kitabnya sendiri. Terdapat juga pembacaan berlaku dengan guru membaca kitab tulisan muridnya atau catatan muridnya sama ada ia dalam bentuk salinan atau pilihan daripada kitabnya sendiri.

3.        Soal jawab.
-       Dalam kaedah dan ciri ini murid- murid selalu membaca sebahagian daripada hadis dan guru membaca dengan sepenuhnya.

4.        Imla’.
-       Imla’ ialah guru membacakan kepada pelajar untuk menyalin atau menulisnya. Metod ini tidak digalakkan pada awal islam, kerana berlangsungnya metod ini pelajar boleh mengumpulkan pengetahuan yang banyak dalam masa yang singkat tanpa usaha yang singkat.

Lafaz- lafaz penyampaian hadis dengan cara ini adalah “ aku telah mendengar  dan telah menceritakan kepadaku ”. jika perawinya banyak “ kami telah mendengar dan telah menceritakan kepada kami ”. ini menunjukkan bahawasanya dia mendengar dari sang syekh bersama yang lain.

3.2.2 Al- ‘ard wa al-Qira’ah (   والقراءةلعرض ( ا

Bentuknya seorang perawi membaca hadis kepada seorang syaikh, dan syaikh mendengarkan bacaannya untuk meneliti, baik perawi yang membaca atau orang lain yang membaca sedang syaikh mendengarkan, dan baik bacaan dari hafalan atau dari buku, atau baik syaikh mengikuti pembaca dari hafalannya atau memegang kitabnya sendiri atau memegang kitab orang lain yang thiqah.
Mereka berselisih pendapat tentang memdaca kepada syaikh, apakah ia setingkat dengan al- Sama’, atau lebih rendah darinya, atau lebih tinggi darinya? Yang benar adalah lebih rendah dari al- Sama’.
Ketika menyampaikan hadis atau riwayat yang dibaca si perawi menggunakan lafaz- lafaz “ aku telah membaca kepada fulan ”, atau “ telah dibacakan kepadanya dan aku mendengar orang membaca lalu ia menyetujuinya ”.
Jumhur ulama Hadis mengharuskan kaedah membacakan hadis di hadapan guru ini.

3.2.3 Al- Ijazah ( الاجازة )

Ijazah menurut bahasa ialah membenarkan atau mengizinkan. Seorang syaikh mengizinkan muridnya meriwayatkan hadis atau riwayat, baik dengan ucapan atau tulisan. Gambarannya seorang syaikh mengatakan kepada salah seorang muridnya “ aku izinkan kepadamu untuk meriwayatkan dariku demikian ”. diantara macam- macam ijazah adalah :

1.      Syaikh mengizinkan sesuatu yang tertentu kepada seorang yang tertentu. Misalnya dia berkata, “ aku ijazahkan kepadamu shahih bukhari ”. di antara jenis- jenis ijazah, inilah yang paling tinggi darjatnya.
2.      Syaikh mengijazahkan orang yang tertentu dengan tanpa menentukan apa yang diijazahkan. Seperti “ aku ijazahkan kepadamu untuk meriwayatkan semua riwayatku ”.
3.      Syaikh mengijazahkan kepada sesiapa sahaja ( tanpa menentukan ) dengan juga tidak menentukan apa yang di ijazahkan, seperti “ aku ijazahkan semua riwayatku kepada semua orang pada zamanku ”.
4.      Syaikh mengijazahkan kepada yang tidak diketahui atau majhul umpamanya dia berkata, “ aku ijazahkan kepadamu kitab Sunan, sedangkan dia meriwayatkan sejumlah kitab sunan ”. padahal ia meriwayatkan beberapa kitab sunan. Atau mengatakan “ aku ijazahkan kepada Muhammad bin Khalid Ad- Dimasyqi ”, sedangkan disitu terdapat sejumlah orang yang mempunyai nama yang sama seperti itu.

5.      Syaikh memberikan ijazah kepada orang yang tidak hadir demi mengikutkan mereka dengan yang hadir dalam majlis, umpamanya dia berkata, “ aku ijazahkan riwayat ini kepada si fulan dan keturunannya ”.

Tujuan utama metod ijazah ini ialah :

1.      Untuk mengawal kandungan teks hadis.
2.      Mengelakkan daripada sebarang perubahan terhadap teks atau matan hadis dan ia berterusan betul dan sahih.

Metod penyampaian dan periwayatan hadis cara ijazah ini diharuskan menurut jumhur ulama, tetapi dengan syarat gurunya sendiri yang menentukan muridnya yang layak menerima ijazahnya dalam membenarkan meriwayat hadis tersebut.

3.2.4 Al- Munawalah (  المناولة )

Metod ini bermaksud seseorang guru yang memberikan kepada pelajarnya dalam bentuk kitab asal atau bahan salinan atau apa sahaja bentuk bahan bertulis yang mengandungi hadis untuk diriwayatkan.
Metod ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk ;

1.      Munawalah yang disertakan dengan ijazah.
Ini tingkatannya paling tinggi di antara macam- macam ijazah secara mutlak. Seperti jika seorang syaikh memberikan kitabnya kepada sang murid, lalu mengatakan kepadanya “ ini riwayatku dari si fulan, maka riwayatkanlah dariku ”. kemudian buku tersebut dibiarkan bersamanya untuk dimiliki atau dipinjamkan untuk disalin. Maka diperbolehkan meriwayatkan dengan seperti ini, dan tingkatannya lebih rendah dari al- Sama’ dan al- Qira’ah.
2.      Munawalah yang tidak diiringi dengan ijazah.
Seperti jika seorang syaikh memberikan kitabnya kepada sang murid dengan hanya mengatakan “ ini adalah riwayatku ”. yang mana ini tidak boleh diriwayatkan berdasarkan pendapat yang shahih.

3.2.5 Al- Kitabah  ( الكتابة )
Al- Kitabah dari sudut bahasa ialah surat menyurat. Sudut istilahnya pula ialah seorang sheikh menulis sendiri atau dia menyuruh orang lain menulis riwayatnya kepada orang yang hadir ditempatnya atau yang tidak hadir disitu.
Metod dan kegiatan ini dilaksanakan dengan meluas dengan meluas dan ia dilaksanakan semenjak awal islam lagi. Contohnya surat- menyurat rasmi daripada khalifah al- Rasyidin  yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawi.
Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi s.a.w. dan perawi  hadis menulis hadis riwayat mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka. Contohnya surat dan tulisan Ibn Abbas kepada Ibn Abu Mulaikah dan Najdah.
Metod Al- Kitabah terbahagi kepada 2 bahagian :

               i.              Kitabah yang disertai dengan ijazah seperti perkataan sang syekh, “ Aku ijazahkan kepadamu apa yang aku tulis untuk mu ”, atau yang semisal dengannya. Dan riwayat dengan cara ini adalah shahih kerana kedudukannya sama kuat dengan munawalah yang disertai dengan ijazah.
             ii.              Kitabah yang tidak disertai dengan ijazah seperti syaikh menulis sebahagian hadis untuk muridnya dan dikirimkan tulisan itu kepadannya, tapi tidak diperolehkan untuk meriwayatkannya. Disini terdapat perselisihan masalah hukum periwayatannya. Sebahagian tidak membolehkannya jika diketahui bahawa tulisan tersebut adalah karya syaikh itu sendiri.
3.2.6 Al- I’lam  (  الاعلام ) 
            Dari sudut bahasa ialah memberi maklumat. Manakala dari segi istilah ialah guru memberitahu muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang diriwayatkannya didengar atau diambil daripada orang lain tanpa memberitahu dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran supaya muridnya itu meriwayatkannya pula kepada orang lain.
            Bukti atau tanda metod ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat- syarat tertentu :
a.       Guru tersebut seorang yang thiqah.
b.      Guru seorang yang amanah.

Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai rumusannya, metod al- I’lam ini ada faedahnya iaitu orang yang kedua yang menerima hadis terpaksa mencari naskah asal yang mengandungi surat yang mengandungi surat akaun dan nama orang yang memberi akaun dan kebenaran itu.

3.2.7 Al- Wasiyyah ( الوصية ) 

            Al- Wasiyyah bermaksud memberi kepercayaan untuk menyerahkan sesebuah hadis kepada seseorang supaya dia boleh meriwayatkan hadis- hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada orang yang memberikan kepercayaan untuk mempergunakan kitab tersebut.
Sebagai contohnya : Abu Qilabah Abdullah  bin  Ziyad telah mengamanahkan kitab- kitabnya kepada Ayyub al- Sukhtiyani.

Seorang syaikh mewasiatkan di saat mendekati ajalnya atau dalam perjalanan, sebuah kitab yang ia wasiatkan kepada perawi. Riwayat yang seorang terima dengan jalan wasiat ini boleh dipakai menurut sebahagian ulama, namun yang benar adalah tidak boleh dipakai.
Ketika menyampaikan hadis riwayat dengan wasiat ini, perawi mengatakan, “ Ausha ilayya fulanun bi kitabin ” ( si fulan mewasiatkan kepadaku sebuah kitab ) atau “ Haddatsani fulanun washiyyatan ” ( fulan telah bercerita kepadaku dengan sebuah wasiat ).
Menurut pendapat Ahli  hadis, metod wasiat ini adalah metod yang paling lemah dalam menerima hadis berbanding dengan metod- metod lain. Malahan setengah ulama lain tidak mengharuskan metod ini.

3.2.8 Al- Wijadah  ( الوجادة )

Maksud metod ini ialah mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk meriwayatkan hadis- hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang. Maksud lain, seseorang yang mengambil hadis daripada kitab- kitab tertentu tanpa mendengar, tanpa ijazah dan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut.
Dalam menyampaikan hadis atau kitab yang didapati dengan jalan Wijadah, si perawi berkata “ wajadtu bi khaththi fulanin ” ( aku dapatkan buku ini dengan tulisan fulan ) atau “ qara’tu bi khati fulanin ” ( aku telah membaca buku ini dengan tulisan fulan ).kemudian menyebutkan sanad dan matannya.

a.         Imam Malik berpendapat ia tidak diharuskan.
b.        Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat seseorang itu perlu menyebut secara terang dan jelas dimana maklumat yang diriwayatkannya itu diambil daripada kitab seseorang tertentu.